Kelebihan dan ancaman penjaga anak yatim
Kelebihan dan ancaman penjaga anak yatim terdapat beberapa buah hadith yang sahih menceritakan akan kelebihan orang yang menjaga atau memelihara anak yatim ini. Antaranya: Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: كَافِلُ الْيَتِيمِ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ أَنَا وَهُوَ كَهَاتَيْنِ فِي الْجَنَّةِ Maksud: “Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari baginda SAW) di syurga”. [Riwayat Muslim, (2983)] Selain itu, terdapat sebuah lagi hadith yang hampir dengan hadith di atas sebagaimana yang diriwayatkan oleh imam al-Tirmizi di dalam sunannya. Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawa Nabi SAW bersabda: أَنَا وَكَافِلُ اليَتِيمِ فِي الجَنَّةِ كَهَاتَيْنِ، وَأَشَارَ بِأُصْبُعَيْهِ يَعْنِي السَّبَّابَةَ وَالوُسْطَى Maksudnya: “Aku dan orang yang menjaga anak yatim seperti ini di dalam syurga. Baginda SAW mengisyaratkan dengan merapatkan dua ...